Friday, October 28, 2011

Tips untuk Hamil/Mengandung cepat

Assalamualaikum..:)

 

Selamat berjumpa di blog baru saye hihi eh,xtau ke?kan tinatakeshi.wordpress.com dah xde..saye berhijrah ke sini pulak :)

Bile saye refer statitistics, kebanyakan visitor blog saye akan dtg sbb related dgn search tanda-tanda awal mengandung atau tanda-tanda awal mengandung yang anda tak perasan. Sememangnya tanda2 tersebut adalah common kpd wanita2 yang ingin hamil anak pertama..anak kedua dan ketiga, jadik confuse balik dgn tanda2 tu hihi ramai juga yg comment dlm entry tersebut mengatakan tanda2 tersebut telah ada tetapi test -ve..ade juga yang bercerita, tanda +ve dah ada tetapi last2 period juga..huhu mcm2 masalah yang dikongsi bersama..tak kurang jua yang berkongsi masalah mengenai masalah sakit puan yang dihadapi seperti PCOS, cyst dan endometriosis..bila saye go thru komen2 rakan2 blog, saye teringat tips2 yang saye terima dari makcik2 saye tersayang..nenek dan atuk yg telah lame mkn garam..(hati2 jgn smpi kene sakit jantung hihi)..so kali ni,saye kumpulkan semula semua tips2 tersebut untuk tatapan rakan2 dan saye sendiri..sharing is caring kan? :)

Mengandung adalah satu anugerah yang tidak terhingga bagi setiap wanita yang baru mendirikan rumahtangga. Tetapi, seringkali juga kita mendengar bahawa tidak semua wanita bernasib baik dapat merasai pengalaman untuk mengandung. Tambah-tambah, ada wanita yang terpaksa menunggu lama sebelum dapat mengandung.

Diharap para wanita di luar sana mendapat manfaat dari apa yang saya kongsikan di sini.

 

 

  • Kenali Waktu Subur Anda
    Cuba track hari pertama anda period dan lihat waktu yang sesuai dalam untuk bersama pasangan anda agar dapat mengandung cepat. Secara saintifik, sperma (telur persenyawaan lelaki) dapat hidup dalam rahim seorang wanita selama lima hari. Oleh itu, anda boleh merancang untuk bersama suami setiap hari dari 2 hari sebelum terhasilnya ovum (telur persenyawaan wanita) , semasa terhasilnya ovum (waktu subur) dan 2 hari selepas waktu subur. Kaedah termudah untuk mengetahui waktu subur seorang wanita adalah menggunakanovulation predictor kit (OPK) yang boleh didapati di farmasi berdekatan. Kaedah saya dulu adalah monitor cervical mucus (cm) atau boleh juga dikenali sebagai cecair keputihan..cm pada waktu subur selalunya mempunyai fizikal seperti berikut : berwarna putih seperti putih telur, elastic dan byk. jika nampak cm mcm tu,saye dah tau dah waktu subur saye dah tiba hehe sestgh org claim, cara tu xbape berkesan..terpulang pada masing2..lebih baik gunakan OPK,lebih selamat. :)


 

 

  • The right position
    Elakkan daripada posisi women on top. Bidan kampung belah suami pernah cakap, semasa bersama dgn suami, cuba letak bantal bawah punggung, agar sperma mudah bergerak  turun ke rahim. Kemudian setelah bersama dengan suami, jgn bergerak..sit tight pada position tu, al kisahnya agar sperma tak terkeluar semula hihi ni petua org tua2..tapi kebanyakan rakan2 saye ckp,it works..cuba lah..mane tau kan..


 

 

  • Start pemakanan dan kehidupan yang sihat
    Mereka yang inginkan zuriat seharusnya mengamalkan pemakanan seimbang dan banyakkan makan sayuran dan buah buahan. Mulakan ambil asid folik 3 bulan sebelum cubaan untuk hamil. Vitamin C dikatakan dapat meningkatkan kualiti pengeluaran sperma manakala vitamin E dapat meningkatkan kesuburan seorang wanita.Banyakkan exercise..xkire la kite berisi atau kurus..ini untuk aktifkan sel dalam badan dan meningkatkan peredaran darah.


 

  • Kawal Berat Badan
    Pada kebiasaannya, wanita yang mempunyai berat badan normal akan cepat mengandung berbanding wanita yang berat badannya tidak normal. Oleh itu, pastikan anda mempunyai berat badan yang normal agar anda dapat mengandung cepat.


 

  • Solat Sunat Taubat
    Kemudiannya, setelah usaha2 ini dilakukan, apa yang boleh kita buat lagi adalah berdoa..memohon kepada Allah swt agar dikurniakan zuriat yang sempurna sifatnya, cerdik akalnya dan dipermudahkan perjalanannya. Sebaik-baiknya, kita buat solat sunat taubat agar diampunkan dosa2 sebelum ni, memudahkan kite mengandung, bertawakal kepada Nya..pernah seorang ustazah berkata kepada saya, kadang2 kita xdapat apa yang kita nak sbb dosa2 kita yg lampau..ujian yang mendatang, adalah penghapus dosa kita..jadinya, dinasihatkan solat sunat taubat..agar semua dosa kecil mahupun besar diampunkan oleh Nya dan dipermudahkan untuk hamil; Pastikan rezeki yang kita dapat sehari2 adalah rezeki halal kerana apa yang kita dapat dan makan akan jadi darah daging kita :)


Harapnya dapat membantu rakan-rakan di sini..Insya Allah..belum cuba, belum tahu..Dia sentiasa tahu yang terbaik untuk kita :)